Monday, July 5, 2010

Sinopsis Prosa Tradisional Patung Kencana dari Kuripan

Sinopsis

  1. Paduka Liku merancun Permaisuri dan Permaisuri pun meninggal dunia.
  2. Paduka Liku pun sekali gus menjadi isteri utama Ratu Daha.
  3. Galuh Ajeng adalah anak kepada Paduka Liku dan Ratu Daha.
  4. Galuh Cendera Kirana adalah anak kepada Permaisuri dan Ratu Daha.
  5. Ibu susuan Galuh Cendera Kirana adalah Mahadewi.
  6. Raden Inu Kertapati sangat cinta kepada Galuh Cendera Kirana.
  7. Raden Inu Kertapati hendak memberi hadiah kepada Galuh Cendera Kirana tetapi terpaksa memberi suatu lagi hadiah kepada Galuh Ajeng supaya dia tidak cemburu.
  8. Ratu Kuripan pun menasihati anaknya iaitu Raden Inu Kertapati.
  9. Raden Inu Kertapati membalut patung kencana dengan kain buru lalu membalut patung gangsa dengan kain sutera.
  10. Galuh Ajeng mengambil patung yang dibalut dengan kain sutera kerana terlalu percaya jikalau luaran itu indah, sudah pasti yang dalaman pun indah.
  11. Galuh Cendera Kirana mendapat patung kencana yang lebih berharga daripada patung gangsa.

AKHIR

Saturday, April 10, 2010

Hiperbola & Eufemisme

Hiperbola

  1. Jeritan yang menggegarkan bumi
  2. Panas membara
  3. Menunggu seribu tahun lamanya
  4. Teriak yang membelah angkasa
  5. Suaranya telah menyebabkan hujan lebat

Eufemisme

  1. Kamu hampir-hampir menjaringkan gol itu.
  2. Kamu hampir mendapat jawapan yang betul.
  3. Kamu pandai sedikit.
  4. Tumbukan kamu sakit sedikit.
  5. Kamu tidaklah hodoh sangat.

Sajak

Tajuk: Ku Teringat

Ku teringat,

masa berlalu detik demi detik

jeritan kesepian yang seperti menggegarkan bumi

menghindariku dari terlelap menjejaki dunia fantasi.

Ku teringat,

keringat dingin yang berkumpul di dahiku

udara yang nyaman dan berhawa dingin

tidak dapat melegakan gelisah hatiku

ku renung kepada kedua-dua mata

orang asing yang berjubah putih di hadapanku

yang ku anggap malaikat maut

Ku teringat,

pelukan hangat ayah dan ibunda

yang dapat dengan sekali gus

mencairkan segala keresahan dan perasaan sangsiku.

Yang masih ku ingat,

tidak dapat kembali lagi

dan akan tinggal untuk selama-lamanya

di dalam gerobok mindaku

yang makin lengkap dengan putaran masa.

AKHIR

Wednesday, March 17, 2010

Gurindam Fasal yang Kelima

Gurindam ini mengandungi enam rangkap dan semua berbentuk distikon.

Pada rangkap pertama, saya memhami yang jika kita mahu mengenal pasti jika seseorang itu berbangsa, kita harus teliti dengan budi dan bahasa seseorang itu bila berinteraksi dengan sesiapapun, terutama dengan orang yang lebih tua. Seseorang itu harus berbudi bahasa dan sopan jikalau seseorang itu berbangsa.

Pada rangkap kedua, ia bermaksud seseorang yang berbahagia hanya mempunyai dan memeliharakan objek-objek yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Pada rangkap ketiga, ia bermaksud seseorang yang mulia dan baik hatinya adalah orang yang berkelakuan baik, tidak jahat dan juga membuat kerja yang berfaedah.

Pada rangkap keempat, ia bermaksud seseorang yang berilmu itu tidak pernah penat belajar dan bertanya dan sentiasa mencari untuk menambahkan ilmunya melalui pelajaran dan juga pengalaman.

Pada rangkap kelima, ia bermaksud seseorang yang berakal selalu sentiasa mengambil bekal iaitu melakukan apa yang diharuskan oleh tuhan untuk membekal dirinya supaya bersedia dan cukup untuk menghadapi akhirat.

Pada rangkap terakhir. ia bermaksud seseorang yang baik perangai sentiasa baik dan berbudi bahasa ketika berinteraksi atau bekerja dengan orang-orang lain.

Dari teks ini, saya memahami bahawa tema gurindam ini adalah bagaimana untuk mengenal pasti insan yang baik daripada yang buruk. Saya juga memahami bahawa tujuan penulis menulis gurindam ini adalah untuk mengajar si pembaca bagaimana untuk menjadi insan yang sempurna.

AKHIR